MUIS Kutip RM40 Juta Zakat Perniagaan

KOTA KINABALU: Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berjaya mengutip RM40 juta zakat perniagaan bagi tahun 2021.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah tersebut meningkat daripada jumlah tahun sebelumnya hasil usaha keras MUIS.

โ€œKutipan zakat pada tahun 2020 adalah sebanyak RM101 juta, sementara pada tahun 2021 kita berjaya mengutip RM117.8 juta.

โ€œIni menunjukkan terdapat peningkatan kutipan sebanyak lebih RM16 juta.

โ€œPenyumbang terbesar kutipan zakat di negeri ini adalah dari zakat penggajian iaitu RM48 juta, diikuti zakat perniagaan dengan jumlah RM40 juta.

โ€œSaya mengucapkan syabas dan tahniah kepada MUIS khususnya bahagian zakat dan fitrah kerana bergerak dari masa ke masa memberikan maklumat serta kempen berkenaan zakat,โ€ ujar beliau kepada media di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Pada majlis itu, Kumpulan FGV Holdings Berhad diwakili oleh pengerusinya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 3,226,291 kepada Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Majlis tersebut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar.

Dalam pada itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Orang Kerdil Sabah dan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan yang ditubuhkan sejak April 2021 dengan jumlah keahlian lebih 20 orang setakat ini.-Penerangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *