Ketua Menteri Sabah luluskan peruntukan RM4.7 juta siapkan Sky Bridge

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah meluluskan peruntukan sejumlah RM4.7 juta bagi menyiapkan projek Sky Bridge yang terhenti sejak 2018 selepas pemaju yang mengendalikan projek itu digulungkan.

Mengumumkan perkara itu selepas melawat tapak projek berkenaan hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu projek yang menghubungkan antara Oceanus, Api-Api Centre dan Asia City itu dapat disiapkan dengan kadar segera.

โ€œKerja pembinaan akan bermula dalam masa terdekat ini dan ia dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

โ€œKita tidak mahu projek Sky Bridge ini terbengkalai untuk selama-lamanya. Ia perlu disiapkan dengan cepat bagi memberi kemudahan dan keselamatan kepada orang awam,โ€ katanya.

Dalam lawatan terbabit, Hajiji turut diiringi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip.

Projek yang bernilai RM31.5 juta itu dibiayai oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri melalui Perjanjian Dana Mudahcara antara Kerajaan Malaysia dan, Bank Pembangunan Malaysia dan Sunsea Development Sdn Bhd pada 9 Februari 2017.

Menerusi perjanjian itu, kerajaan Malaysia berhak menamatkan Dana Mudahcara itu sekiranya pemaju projek didapati muflis.

Pembinaan jejantas pejalan kaki dan kerja menaiktaraf infrastruktur di sekitarnya bermula pada 1 April 2017 dan dijadualkan siap dalam tempoh enam bulan (30 September 2017) tetapi kemudian dilanjutkan pada 30 April 2018.

Walau bagaimanapun, Sunsea Development Sdn Bhd telah digulungkan pada 18 April 2018.

Kontraktor bertugas, Petrofiq Sdn Bhd telah menghentikan kerja walaupun 90 peratus kerja-sudah disiapkan dengan alasan mereka tidak menerima pembayaran.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *