SAPP edar bantuan bakul makanan kepada 90 keluarga di Tanjung Aru

KOTA KINABALU: Sebanyak 90 keluarga di Tanjung Aru telah mendapat manfaat bakul makanan hasil usaha bersama Parti Progresif Sabah (SAPP) CLC Tanjung Aru dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Persatuan Mesra Alam Sekitar Sabah (MASesa).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh unit media SAPP hari ini menjelaskan edaran bantuan bakul makanan terbabit adalah di bawah program Sentuhan Kasih bagj membantu golongan berpendapatan rendah di Tanjung Aru semasa pandemik COVID-19 melanda.

Edaran bakul makanan terbabit termasuk penerima dari golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, golongan miskin dan juga warga tua.

Hadir semasa penyampaian bantuan adalah Pengerusi SAPP CLC Tanjung Aru, Noraizal Mohd Noor, Presiden Masesa, Ainie Jamin, Ahli Majlis Daerah Putatan, Noraiza Mohd Noor dan Ketua Masyarakat Cina Kapitan Chung Min Kong.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *