Kes kematian pertama akibat banjir dilaporkan di Beluran

foto BERNAMA

BELURAN: Kematian pertama dilaporkan di Beluran sejak malam Tahun Baharu akibat banjir yang melanda pedalaman Sabah.

Pada awalnya, polis Beluran menerima dua laporan kehilangan orang berkaitan banjir kilat akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu.
Ketua Polis Daerah Superintendan Kasim Muda berkata kedua-dua kes dilaporkan pada 31 Disember di dua tempat berasingan.

โ€œMangsa pertama hilang dikenali sebagai Rajis Nawang,28, dilaporkan hilang oleh bapanya ketika melakukan pukat tunda di Kuala Penubukan.

โ€œManakala mangsa kedua dikenali sebagai Kaerul, 26, seorang pekerja ladang dilaporkan hilang ketika cuba melintas jalan di Kampung Kinadaan,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Semasa kejadian, paras air naik lima kaki di jalan berkenaan apabila Kaerul dihanyutkan arus deras sebelum majikannya menyedari dia hilang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan di kedua-dua tempat oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam.

Mangsa pertama ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 1 Jan di kawasan bakau yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari tempat dia kali terakhir dilihat.
Operasi SAR mangsa kedua masih diteruskan di sekitar Kampung Kinadaan yang juga dikenali sebagai Kampung Matanggal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *