RM3 juta diperuntukan laksana BAGUS, perkasa peranan PIBG

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas pada tahun ini telah memperuntukan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan Program Bantuan Aktiviti Guru dan Ibubapa Sabah (BAGUS).

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukan yang disediakan Kerajaan itu adalah bagi memperkasakan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah.

โ€œProgram ini merupakan bantuan peruntukan โ€˜One-Offโ€™ sebanyak  RM2,000 yang diberikan kepada 1,500 PIBG sekolah di seluruh negeri Sabah agar mereka dapat memantapkan lagi aktiviti mereka.

โ€œSetakat ini bagi daerah Kota Belud sebanyak 16 PIBG sekolah telah dibantu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 32,000,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fairuz Renddan (BERSATU-Pintasan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, bagi Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), program ini merupakan bantuan bagi pembekalan alat-alat kelengkapan sekolah.

Katanya, ia termasuklah seperti komputer, Mesin Pencetak, Multimedia Projektor, perabot dan alat-alat bantuan untuk tujuan pembelajaran.

โ€œBantuan ini akan diberikan kepada 1,500 buah sekolah diseluruh negeri Sabah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM12.6 Juta. Bagi daerah Kota Belud sebanyak 66 buah sekolah telah diberi bantuan,โ€ katanya. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *