Amaran cuaca buruk di Sarawak, Sabah

Gambar hiasan

PETALING JAYA : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran waspada dan buruk berkuat kuasa di Sarawak Barat dan tengah barat negeri berkenaan sehingga 16 Januari nanti.

MetMalaysia dalam laporan kaji cuacanya berkata, dinasihatkan penduduk di sekitar kawasan tersebut agar sentiasa semak keadaan cuaca terkini, mematuhi arahan pihak berkuasa dan juga menyediakan langkah jika berlakunya banjir.

โ€œSelain itu, bagi amaran angin kencang dan laut bergelora pula menggambarkan keadaan yang tidak sesuai bagi mereka yang ingin turun ke laut.

โ€œLebih-lebih lagi di Laut China Selatan kerana kategori pertama dan kedua ini berbahaya ke atas semua aktiviti melibatkan bot kecil, sukan laut, rekreasi laut, perkapalan, pantai dan juga perkhidmatan feri,โ€ katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, imej gema radar ketika ini pula menunjukkan keadaan yang sesuai bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti kerja di luar rumah kerana keadaan cuaca cerah dan tiada hujan dijangkakan berterusan sehingga ke malam ini di kawasan semua negeri semenanjung Malaysia buat masa ini.

โ€œBagaimanapun, keadaan yang sebaliknya berlaku di sekitar negeri Sarawak pula kerana aktiviti kelembapan yang tinggi terdapat di kawasan negeri berkenaan lebih-lebih lagi hujan lebat sedang berlaku di kawasan bahagian Bintulu dan sepanjang perairan negeri Sarawak buat masa ini.

โ€œMetMalaysia menjangkakan ia bakal berterusan sehingga malam ini,โ€ ujarnya.

Meskipun begitu, hujan di satu dua tempat terdapat di kawasan pedalaman bahagian Sandakan negeri Sabah dan juga sedikit di Tawau dan juga Lahad Datu.

MetMalaysia juga menjangkakan keadaan itu akan lebih meluas di kawasan negeri Sabah lebih-lebih lagi di semua bahagian negeri berkenaan menjelang pada petang nanti. โ€“ K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *