Kota Marudu banjir menjejaskan 500 orang mangsa

KOTA MARUDU: Banjir telah melanda perkampungan di Kota Marudu berikutan hujan yang berterusan sejak malam Khamis sehingga memaksa penduduk untuk meredah air separas pinggang untuk menyelamatkan harta benda masing – masing.

Dikhabarkan bilangan mangsa banjir di daerah ini terus meningkat kepada 504 penduduk membabitkan 167 keluarga dan telah ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 9 pagi ini.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), semua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek.

Seramai 251 mangsa membabitkan 70 keluarga ditempatkan di PPS Dewan SK Teritipan manakala di PPS Dewan SMK Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *