Banjir Beluran: Satu mayat ditemui, seorang masih hilang

Foto daripada AWANI

BELURAN: Seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir di sini telah ditemui pada tengah hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata mangsa sebelum itu dilaporkan hilang semasa memukat di Kuala Penubukan, Paitan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember lalu.

“Mangsa lelaki Rajis Nawang, 28 tahun, bekerja sebagai nelayan telah turun memasang pukat di Kuala Penubukan sebelum disedari hilang oleh bapanya.

“Mangsa telah dijumpai pada 1 Januari 2022 di lebih kurang 1230 tengahari di pokok bakau lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu usaha mengesan seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Mangsa yang dikenali sebagai Kaerul, 26, bekerja ladang telah dihanyutkan air deras apabila cuba menyeberang jalan Kampung Kinadaan.

“Semasa kejadian dipercayai paras air mencecah lima kaki dari paras jalan.”Kejadian ini disedari oleh majikannya dan telah membuat laporan kepada pihak polis,” jelasnya – AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *