Hajiji prihatin akan tahap ketersampaian rangkaian di Sabah

KOTA KINABALU : Hak eksklusif untuk menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sabah diberikan kepada bahagian pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah, melalui anak syarikatnya Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, prihatin akan tahap ketersampaian rangkaian telekomunikasi di Sabah dan sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah tersebut terutama bagi kawasan luar bandar.

“Kerajaan negeri akan menambahbaik lebih daripada 2,000 menara telekomunikasi dan membangunkan 400 menara yang baharu di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA),” jelasnya sewaktu menandatangani perjanjian di antara kerajaan negeri dengan pihak CTTSB.

Leave a Reply

Your email address will not be published.