Pengusiran warga asing di perairan negara

TAWAU : Pasukan Polis Marin dalam satu tugas Op Benteng Covid telah menahan sebuah bot penumpang dikawasan perairan laut Pelabuhan yang disyaki menuju ke perairan Tawau pada pagi kemarin.

Hasil pemeriksaan keatas bot berkenaan yang juragani oleh seorang warganegara tempatan mendapati mebawa penumpang seramai dua orang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa serta kanak-kanak berumur lingkungan 33-an hingga 3-an itu berstatus warganegara Indonesia.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata, ‘Juragan serta penumpang telah diberi penerangan berkaitan Standard Operational Prosuder (SOP) Covid -19 sepertimana yang telah ditetapkan dalam perintah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998’.

Bot tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit covid-19.

“Ops Benteng kini memberi fokus kepada pendekatan pengusiran terhadap pendatang tanpa izin dan kemasukan warga asing berbanding tangkapan sebelum ini. Beliau berkata pihak berkuasa mengambil pendekatan dengan langkah pencegahan awal agar tiada kemasukan warganegara Indonesia melalui perairan laut Tawau seterusnya mencegah peningkatkan kes COVID-19 di daerah Tawau.”

“Jadi sekarang , kita membuat keputusan dari segi Ops Benteng , kita halau dan usir mereka sebelum memasuki kawasan sempadan perairan negara kita.

“Pihak Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor ‘013-2831197’ atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian ‘089-983628’ bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *