Kerajaan Negeri gesa Kerajaan Persekutuan menghantar vaksin ikut jadual

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sabah secara maya bersama Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa negeri Sabah akan diberi keutamaan bagi menerima vaksin dos tunggal CanSino pada bulan depan. Ketetapan tersebut hasil permintaan YAB Ketua Menteri dalam memastikan negeri Sabah mencapai sasaran 60% vaksinasi menjelang bulan Oktober dan imunisasi kelompok menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, kerajaan turut menggiatkan program vaksinasi melalui Program Kemudahan Jangkauan Luar (Mobile Outreach) bagi memastikan rakyat yang berada di kawasan pedalaman serta pulau-pulau terpencil mendapat akses kepada vaksin.

Kerajaan negeri Sabah juga memohon agar kerajaan Persekutuan dapat menghantar bekalan vaksin ke negeri ini mengikut jadual yang telah dipersetujui bersama.

Kerajaan negeri komited dalam memastikan keselamatan serta kesihatan rakyat terjamin dari sebarang ancaman wabak COVID-19.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialahYB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,YB Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat,YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Penasihat Khas (Kesihatan Awam) kepada YAB Perdana Menteri, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman, Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia dan Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *