Hajiji: Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan Perlu Pastikan Projek Pembangunan Dilaksanakan Segera

KOTA KINABALU: Semua ketua jabatan negeri dan persekutuan digesa memastikan semua projek yang mendapat kelulusan bajet untuk Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaksanakan segera bagi membolehkan rakyat cepat mendapat manfaatnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tiada lagi alasan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek disebabkan situasi penularan COVID-19 seperti sebelum ini.

Katanya, kelewatan dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan akan merugikan rakyat dan kerajaan, serta menafikan hak rakyat terhadap manfaat yang sepatutnya mereka diterima, selain akan meningkatkan lagi kos pelaksanaan.

โ€œSemua projek hendaklah dilaksanakan segera khususnya projek-projek yang berbentuk โ€œtouch pointsโ€. Semua agensi hendaklah cuba untuk โ€˜facilitateโ€™ semua pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan bukan sebaliknyaโ€, katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bil.1/2022 di Menara Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri ll / Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Tugas-Tugas Khas,Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datoโ€™ Sarul Bahiyah Abu.

Hajiji berkata, aktiviti ekonomi perlu terus bergerak dan program/projek pembangunan perlu dirancakkan, selain sistem pendidikan perlu terus berjalan.

โ€œJusteru kita perlu gandakan pemanduan, gariskan pelan tindakan yang mantap, rencanakan strategi yang ampuh, selusuri carta perbatuan yang munasabah yang memberikan impak yang tinggi bukan sahaja kepada organisasi tetapi kepada rakyat yang memerlukanโ€, tegasnya.

Katanya, terdapat beberapa penambahbaikan dalam strategi utama dan struktur Arahan No. 1, 2022, Antaranya ialah penubuhan semula Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatankuasa bagi Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN) juga dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah (FGD) yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah.

Beliau menyeru semua Jawatankuasa memainkan peranan dan fungsi sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan mesyuarat mengikut ketetapan Arahan No. 1, 2022.

โ€œSekiranya terdapat masalah atau isu dalam pelaksanaan program atau projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka ianya hendaklah dikemukakan ke peringkat seterusnya seperti yang ditetapkan dalam struktur arahan tersebutโ€, tegasnya.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof sebagai ahli baharu MTPNg Sabah, selaras dengan Arahan No. 1 Tahun 2022. – SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *