DARURAT POLITIK : WARISAN PH KECEWA TIDAK DAPAT PILIHANRAYA

Media โ€“ media sosial pembangkang kebanyaknya membantah darurat politik yang diumumkan oleh perdana Menteri menyatakan ini adalah tidak ada adil dan tidak tepat kerana mereka tidak boleh mengambil peluang untuk menukar kerajaan melalui pilihanraya.

Keutamaan Warisan PH sekarang ini adalah mendapatkan kuasa dan bukan mengenai kebajikan rakyat atau menangani Virus Covid-19. Tindakan yang dibuat oleh Perdana Menteri amat tepat kerana fokus utama kerajaan sekarang ini ialah menangani kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Kerajaan PN telah merangka beberapa strategik dari segi ekonomi, sosial dan perubatan untuk menangani Virus Covid-19. Sebagai contoh mengatur pembelian vaksin dan pengagihan vaksin yang boleh dilakukan pada bila- bila masa sahaja.

Jika ahli โ€“ ahli politik masih memikirkan kuasa politik semata-mata, usaha untuk menangani Covid-19 akan menjadi sia โ€“ sia. Kita tidak mahu sejarah berulang, berlakunya peningkatan kes Covid-19  apabila berlakunya pilihanraya negeri Sabah disebabkan tindakan gila kuasa  Kerajaan Warisan yang membubarkan DUN Sabah.

Pemainan ayat dan persepsi negatif mengenai darurat politik sebenarnya adalah kepentingan ahli politik yang tidak sayangkan nyawa rakyat dan kestabilan negara. Jadi sebagai rakyat kita sepatutnya tidak teperdaya dengan muslihat mereka.

Zulkarnain Zamdar

Penganalisis Politik

*Berikut adalah pandangan peribadi penulis bukan mencerminkan pandangan portal suarasabahtoday.com*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *