Tiga lokaliti di Tawau dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan di Tawau, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 14 April, berikutan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang terlibat ialah Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung; Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung.

“Sehingga semalam Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan lapan kes positif hasil 59 ujian saringan yang dilakukan di Kampung Ranggu Batu 10, manakala di Fasa 2 Taman Semarak pula seramai enam individu didapati positif hasil 16 ujian saringan, sembilan lagi sampel saringan masih menunggu keputusan.

“Di Kampung Baru Pasir Putih pula, sebanyak lapan kes positif dikesan hasil 89 ujian saringan, 75 lagi sampel masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan hari ini.

Menurutnya pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *