Fokus kesedaran keselamatan jalan raya – JKR-Pan Borneo

SANDAKAN: Majlis Penutupan Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya dan Mengibar Bendera hasil usaha sama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, dibawah Sektor Lebuhraya Pan Borneo bersama pihak Perunding Pengurusan Projek Pan Borneo (PMC Pan Borneo) dan PETRONAS Sabah dan Labuan.

Kempen ini dijayakan dengan sokongan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan dihadiri oleh pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM).

Program ini telah berlangsung selama sebulan secara berperingkat bermula pada 20 Ogos 2022 di Stesen Minyak Petronas KM16 Tebobon, Jajaran Pakej Kerja 7, seterusnya pada 27 Ogos 2022 di Stesen Minyak Petronas Bongawan, Jajaran Pakej Kerja 3, dan berakhir di Stesen Minyak Petronas Batu 32 Sandakan, Jajaran Pakej Kerja 27, Menaiktaraf Jalan dari Kg Lot M ke Sandakan Mile 32.

Kempen ini memfokuskan tentang kesedaran keselamatan jalanraya kepada pengguna jalanraya terutama di sepanjang jajaran Pakej Kerja 27, disamping, untuk memupuk sifat kewarganegaraan dalam kalangan masyarakat tempatan sempena Hari Malaysia 2022.

Sepanjang progam ini berlangsung beg cenderahati, Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah juga diagihkan kepada pengguna jalanraya.

โ€œKebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuranโ€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *