Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan Labuan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di beberapa kawasan sekitar Sabah, Sarawak dan Labuan bagi tempoh Sabtu hingga Ahad ini.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata satu sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan dalam tempoh 8 hingga 10 April ini.

“Keadaan ini akan menyebabkan penumpuan angin dan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah meliputi kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort); Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud); serta Kudat.

“Talian hotline METMalaysia: 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. -BH

Leave a Reply

Your email address will not be published.