Bicara Bonda Siri ke-2 di Dewan Masyarakat Tawau

TAWAU: Program ilmu dan penghayatan Islami dalam konteks kekeluargaan ini anjuran Pertubuhan Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat (MUTIARA GRS) dengan kerjasama MUIS, JHEAINS, JAKIM dan MPT.

Program dirasmikan oleh Isteri YAB Ketua Menteri yang juga YDP MUTIARA GRS-BN
Y.A.Bhg Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag.

Bicara Bonda siri ke-2 ini dianjurkan bagi menyemarakkan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Perigkat Negeri Sabah sekaligus untuk menyemai penghayatan Islami dalam kehidupan berkeluarga.

Pengisian Bicara Bonda ialah penyampaian Anugerah Mutiara al-Quran kepada Qariah Tawau Siti Khatijah Hj. Marsuki yang menempah rekod menjadi johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sabah sebanyak sebelas kali.

Majlis ilmu ini diserikan dengan ceramah kekeluargaan membina keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah oleh tokoh pendakwah dan penceramah terkenal di nusantara Ustaz Dr. Das’ad Latif dari Indonesia.

Antara rumusan ceramah Dr. Das’at Latif ialah jika menghadapi masalah bersandar dan mengadulah kepada Allah SWT.

Resepi kedua kebahagiaan kata Dr. Das’at ialah berprasangka baik dalam hidup berumah tangga, manakala yang sangat penting, tegas penceramah berkenaan ialah didikan agama khasnya dalam menguasai al-Quran kepada anak-anak yang dengan doa dan kesalihan mereka akan menjamin kebahagiaan di hari akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.