Datuk Madiyem Layapan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah menyerahkan surat lantikan kepada Datuk Madiyem Layapan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Invest Sabah Berhad.

Pelantikan terbabit dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong dan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam bertempat di Pejabat Wisma Kewangan, baru-baru ini.

Joachim yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri itu berkata pihaknya berharap
pelantikan terbabit akan membantu dalam usaha memulihkan ekonomi Sabah yang terjejas terutamanya ketika pandemik COVID-19.

“Dengan lantikan ini diharap akan dapat mewujudkan tindakan rancangan ekonomi yang mapan dalam usaha memulihkan semula ekonomi Sabah.

“Diharapkan juga sekali gus dapat menarik lebih pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di negeri ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis lantikan terbabit, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Tseu Kei Yue dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tommie Philip.

Sebelum ini, Madiyem telah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published.