Hajiji lancar Pekan Baharu Pitas bernilai RM28 juta – Masiung

PITAS: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah melaksanakan Projek Pekan Baharu Pitas bernilai lebih RM28 juta.

Pengerusinya, Datuk Masiung Banah berkata, projek ini bakal dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor pada 17 Februari dijangkan menjadi salah satu mercu tanda terbaharu Pekan Pitas.

Katanya, Pelan baharu ini mempunyai keluasan tanah 11.42 Ekar dilengkapi dengan kedai Dua Tingkat bersama 52 Unit dengan Dua Unit Kedai Dua Tingkat serta 14 Lot Industri.

“Secara keseluruhan Pekan Baharu ini dilengkapi dengan 68 unit bangunan komersial dimajukan oleh Syarikat Pembangunan Kesan Aneka Sdn Bhd sekali gus dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

“Ini adalah merupakan salah satu projek pembangunan yang sangat dinanti-nantikan oleh penduduk Pitas bagi mewujudkan sebuah Pekan Baharu Pitas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Projek Pembangunan Pekan Baharu Pitas, di bilik mesyuarat Majlis Daerah Pitas, di sini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Sains dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Seri Dr Rudy Awah.

Masiung berkata, kewujudan pekan baharu ini nanti sudah tentu akan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat sekali gus menjadikan pembangunan yang sangat dinanti-nantikan penduduk daerah berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *