ADUN Pintasan sumbang sebuah rumah untuk ibu tunggal enam anak

KOTA BELUD: Hasrat untuk berteduh di rumah sendiri kini semakin hampir menjadi kenyataan buat seorang ibu tunggal, Afifah Junainah Guntamas apabila sebuah rumah untuknya bakal disiapkan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan sebelum ini telah dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi Afifah yang memiliki enam orang anak itu.

Menyedari Afifah yang tidak memiliki rumah sehingga terpaksa menumpang di rumah keluarganya, Fairuz yang juga merupakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sabah segera mengambil inisiatif dengan memberikannya sebuah rumah untuk berteduh.

Hari ini, Fairuz telah turun melawat sendiri tapak rumah terbabit yang bertempat di
Kampung Timbang, di sini bagi melihat dan memastikan proses pembinaan berjalan dengan lancar.

Turut hadir bersama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Jamlan Saparan, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Sikar Datin dan Pemaju Mukim, Florenzo Vivianne Joelin.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published.