Kerajaan negeri tetapkan SOP sesi sembahyang Hari Natal di gereja ketika PKPB

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk membenarkan rakyat Sabah beragama Kristian mengikuti sesi upacara sembahyang di gereja pada 24 dan 25 Disember di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata pihaknya telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang harus diikuti pada tarikh berkenaan.

“Jumlah kehadiran hanya terhad seramai 50 peratus daripada kapasiti rumah ibadat
dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

“Tempoh masa sembahyang tidak melebihi satu jam 30 minit setiap sesi dan diselangi dengan operasi sanitasi selama 45 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya.

“Selain itu, untuk upacara sambutan perayaan Pra-Natal dan Hari Natal bagi tetamu yang berkunjung ke rumah kediaman adalah dihadkan tidak melebihi dua jam,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Masidi turut berkata semua ahli jawatankuasa pengurusan rumah ibadat, ketua agama dan petugas diwajibkan menjalani saringan kesihatan sebelum memulakan tugas.

Selain itu, beliau juga mengingatkan agar SOP asas diikuti bagi mengelak penularan pandemik COVID-19 semasa sambutan Hari Natal kelak.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *