500 pek makanan dan topeng pelitup muka untuk calon SPM

KOTA KINABALU : Sebanyak 500 set pek makanan termasuk topeng pelitup muka berjaya diagihkan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sekitar bandaraya pada Program Semangat SPM #ProMax.

Program itu dianjurkan bersama UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu, Kelab Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu, Kelab Komuniti Amal Bakti Likas (ABL) dan Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Wanita Kota Kinabalu (JELITA).

Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, program yang dilaksanakan seawal jam enam pagi itu menyasarkan sebanyak lima buah sekolah sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah (SM) All Saints, SM Lok Yuk Likas, SM Shan Tao, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas dan SMK Perempuan Likas.

โ€œSyukur pada program kali ini kami telah berjaya mengagihkan pek makanan yang berisi roti dan minuman untuk pelajar yang menduduki SPM 2020 di lima buah sekolah.

โ€œSelain pek makanan, kami juga turut mengagihkan topeng pelitup muka agar mereka juga berada dalam keadaan selamat dan sihat ketika musim pandemik COVID19 ini,โ€katanya ketika ditemui selepas mengadakan Program Semangat SPM disini, hari ini.

Hadir sama pada program itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas Dr Chang Kee Ying, Presiden ABL Ir Aziz Julkarnain, Timbalan Pengerusi JELITA Rosnah Abdullah dan Setiausaha JELITA Sheera Firzayu Raiman.

Musliati berkata, program yang dilaksanakan itu juga adalah bagi memberi sokongan moral kepada semua calon SPM 2020.

โ€œBagi pihak penganjur, kami doakan agar semua calon SPM 2020 pada kali ini berjaya dan berjalan dengan lancar,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *