Tujuh pemburu haram ditahan dalam operasi malam tadi
KOTA KINABALU: Tujuh lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pemburuan haram dalam operasi di Jalan Nangoh-Paitan, Beluran, hari ini.
Dalam operasi 1 pagi itu, semua lelaki yang menaiki sebuah pacuan empat roda ditahan bersama dua laras senjata api dan beberapa butir peluru.
Ketua Konservator Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Federick Kugan berkata, semua suspek ditahan dalam operasi Anti Poaching yang diadakan berhampiran sempadan Hutan Simpan Paitan, di sini.
Katanya, hasil pemeriksaan pasukan penguat kuasa Jabatan Perhutanan Sabah iaitu Unit Protect mendapati semua suspek gagal menunjukkan sebarang permit memburu hidupan liar ataupun lesen pemilikan senjata api.โWalaupun semua suspek disyaki akan melakukan pemburuan hidupan liar, pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bangkai binatang buruan.
โSemua suspek dan rampasan dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan selanjutnya,โ katanya laporan Harian Metro dalam kenyataan media hari ini.
Federick berkata, sehubungan dengan tangkapan berkenaan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pemburuan hidupan liar secara tidak sah.
Katanya, selain bertentangan dengan undang-undang, perbuatan itu boleh menyebabkan kepupusan spesies fauna yang disenaraikan sebagai Rare Threatened and Endangered untuk haiwan seperti banteng atau tembadau.
โSebarang maklumat berkaitan pemburuan hidupan liar secara haram juga perlu dilaporkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar.
โSelain itu, penggunaan senjata api tanpa lesen yang sah juga menjadi satu kesalahan mengikut Akta Senjata 1960,โ katanya. -SNT