Mangsa ditemukan mati dalam kereta alami penyakit demensia

TUARAN: Polis mengesahkan penemuan mayat warga emas di dalam sebuah kenderaan di Kampung Lakang, di sini, selepas hilang sejak Jumaat lalu, tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

Sebaliknya, siasatan polis mendapati mangsa yang berusia 62 tahun terbabit sebenarnya penghidap penyakit demensia ataupun hilang ingatan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, polis menerima laporan penemuan mangsa pada jam 7.52 malam tadi.

Katanya, pemanggil yang juga pemilik kenderaan Proton Persona itu mendakwa menemui mayat seorang lelaki tanpa identiti di dalam keretanya.

โ€œHasil siasatan lanjut dan pengecaman yang dibuat isteri mangsa mengesahkan mayat berkenaan adalah individu yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tambalugu, di sini.

โ€œMangsa adalah seorang warga emas yang menghidap penyakit demensia dan sering tersilap masuk ke kenderaan lain walaupun bukan kereta milik keluarganya,โ€ katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, di sini.

Hamizi berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang kesan pergelutan atau unsur-unsur jenayah yang ditemui berhampiran mayat mangsa.

Katanya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) sehingga laporan penuh bedah siasat diperolehi.

โ€œOrang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi pihak polis di talian 088791933, 088791966 atau 088791977,โ€ katanya.

Sementara itu, Hamizi menasihatkan kepada masyarakat supaya sentiasa peka dengan keberadaan ahli keluarga serta keadaan sekeliling bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

โ€œOrang ramai juga diminta untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai sebarang kejadian jenayah kepada pihak polis terutamanya yang berlaku di daerah Tuaran supaya tindakan dapat diambil dengan segera.

โ€œIPD Tuaran akan sentiasa mengambil perhatian yang serius dan tindakan sewajarnya ke atas sebarang kejadian jenayah yang berlaku di sekitar daerah Tuaran,โ€ katanya. -Sabah360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *