Peruntukan RM164.2 juta khusus untuk program pendidikan dan agama melalui Belanjawan tahun ini -Hajiji

KOTA KINABALU : Dalam majlis penyampaian bantuan kewangan kepada sekolah vernakular dan mubaligh, gereja dan kuil bagi tahun 2021 serta penyerahan kepala singa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 di Pusa tKonvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), sejumlah RM164.2 juta peruntukkan disediakan oleh Kerajaan Negeri khusus untuk program pendidikan dan pembangunan agama dalam Belanjawan Negeri tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, dana itu disalurkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan, badan agama dan pendidikan, atas hasrat Kerajaan Negeri dalam melahirkan rakyat yang berilmu serta menyemai nilai-nilai murni dalam memajukan negeri ini.

Sejumlah RM47 juta, sebuah peruntukan yang terbesar untuk badan agama bukan Islam serta untuk sekolah vernakular, mubaligh dan sekolah persendirian turut disalurkan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengamalkan kesaksamaan terhadap pelbagai kaum di negeri ini serta selari dengan perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

โ€œJumlah itu adalah yang terbesar pernah diluluskan oleh kerajaan Sabah dan ini mencerminkan keikhlasan kami untuk memastikan kebajikan semua kaum dan agama di Sabah akan terjaga,โ€ katanya dalam satu kenyataan media.

Peruntukan sebanyak RM1 juta turut disalurkan bagi menguruskan kepala singa yang akan diagihkan kepada pelbagai persatuan dan kumpulan tarian singa sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negeri.

Menurutnya, dalam tempoh sama tahun lalu, Kerajaan Negeri turut meluluskan sejumlah RM24.99 juta untuk pembinaan dan pembaikan rumah ibadat bukan Islam di negeri ini.

โ€œSejajar dengan semangat Keluarga Malaysia, peruntukan itu memberi manfaat kepada semua agama dan kaum di negeri ini,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *