GRS Berharap Sokongan Pelantikan Ismail Sabri Memperkukuh Hubungan Sabah dengan Persekutuan

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu. Hajiji berharap agar melalui pelantikan ini, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Kerajaan Persekutuan dapat menjalinkan hubungan yang baik dalam usaha memajukan negeri Sabah dan mengangkat hak – hak negeri itu.

“Kami akan meneruskan perjuangan tentang isu – isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan negeri Sabah,” tegasnya dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

Hajiji turut menggesa agar Kerajaan Persekutuan dapat kembali fokus dalam memerangi pandemik Covid-19 serta bersama – sama berusaha untuk memulihkan semula ekonomi negara.

Besar harapan Hajiji agar kerjasama GRS dan Kerajaan Persekutuan akan meningkatkan lagi kemajuan negeri Sabah sekaligus membina satu gabungan kerjasama yang mapan dalam menangani krisis pandemik yang semakin menggusarkan ini.

Dalam kesempatan itu juga, Hajiji turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sumbangan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri sementara tempoh hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *