Ruslan Muharam bersyukur atas inisiatif NAFAS agih wakalah zakat

Ruslan Muharam

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam, menganjurkan majlis menerima wakalah zakat daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Seramai 466 ahli telah menerima wakalah zakat tersebut di Dewan DSP Haji Mohd. Dun Banir di sini hari ini.

Ruslan Muharam yang juga merangkap Pengerusi penganjur acara tersebut menyatakan penghargaannya terhadap usaha NAFAS dalam membantu dan membela nasib para peladang.

Ahli lembaga pengarah PPK Beaufort itu juga berterima kasih atas sumbangan bantuan wang dan bakul makanan bernilai RM100 yang dihulurkan kepada setiap ahli yang menerima.

“Ini adalah buktinya NAFAS sentiasa komited dalam memperjuangkan dan membela nasib masyarakat tani,” katanya.

Ruslan selaku Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd dan mewakili para peladang di Beaufort berharap program ini dapat kerap dilaksanakan agar senantiasa dapat memberikan manfaat kepada rakyat tempatan.

Ruslan mengalu – alukan menghargai kehadiran Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Sylvester Entri Muran; Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Daerah Beaufort, Datuk Mohd Nazri Abdullah serta semua terlibat sama menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.