Hajiji menyambut baik Program Turun Pandang Hajah Siti Zailah
KOTA KINABALU : Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, membuat sebuah kunjungan hormat ke kediaman rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Hajiji amat mengalu-alukan lawatan melalui Program Turun Padang Hajah Siti Zailah dan rombongan KPWKM serta sukarelawan Khidmat Malaysia ke daerah-daerah yang dilanda bencana bajir baru-baru ini.
Ketua – ketua jabatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama – sama hadir ke Sri Gaya bersempena Program Turun Padang tersebut.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, Encik Yusry Mohd.Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Puan Rosmahwati Ishak, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr.Zurina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Encik Abdul Shukur Abdullah dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Encik Jai’s Asri.
Program Turun Padang Hajah Siti Zailah ini berlangsung selama 6 hari, dari 13 Januari sehingga 18 Januari, melawati daerah – daerah di Sabah seperti Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Tawau, Sugut, Kota Kinabalu dan Labuan.