RM1,000 untuk setiap keluarga mangsa banjir di Sabah.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah mengumumkan bahawa keluarga yang terlibat dengan bencana banjir akan diberikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000

“Bagi mengurangkan beban mereka yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini, dimaklumkan bahawa setiap keluarga akan diberi Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000

Hajiji yang hadir pada Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.

Dalam mesyuarat berkenaan, Hajiji telah menerangkan kepada YAB PM mengenai keadaan semasa banjir di Sabah dan semua gerak kerja yang telah dan akan dilaksanakan.

“Kerajaan Negeri juga menegaskan bahawa bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mangsa banjir di negeri ini perlu disalurkan dengan kadar segera.

“Setakat ini, Sabah telah menerima sebanyak RM200,000 dan RM674,000 lagi diperlukan sebagai bantuan kewangan untuk setiap keluarga yang terjejas.

“YAB Perdana Menteri telah memberi jaminan untuk menyalurkan bantuan itu dalam masa yang terdekat.

“Dalam pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut mengagihkan bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir ini bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published.