Polis Marin gagalkan penyeludupan minyak

SEMPORNA : Polis Marin Semporna dalam satu operasi di Kawasan Laut Tanjung Manimpa telah terserempak dengan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan pada petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad bin Ismail berkata, apabila menyedari kehadiran Polis Marin, satu lelaki dewasa bertindak terjun daripada bot dan melarikan diri ke kawasan bakau Tanjung Manimpa. Pemeriksaan lanjut terhadap bot laju tersebut telah menjumpai beberapa jerikan berisi minyak petrol dan 1 tong gas.

Barang tersebut dipercayai hendak di seludup ke negara jiran. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM16,787.50.

Semua barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *