Hafez salur bakul makanan kepada pekerja SFI terjejas

SIPITANG: Isu pekerja pekerja Sabah Forest Industry (SFI) yang tidak dibayar gaji selama beberapa bulan mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen SIpitang Haji Yamani Hafez Musa Ahli Parlimen Sipitang.

“Saya amat bersimpati dengan pekerja Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang yang tidak dibayar gaji sejak tiga bulan lalu. Dimaklumkan bahawa syarikat yang mengambil alih SFI tersebut mempunyai kes di Makhamah. Sehubungan Itu, saya tidak boleh mengulas lanjut tentang permasalahan yang dihadapi oleh pekerja tersebut.

“Namun, saya telah berbincang dengan Ketua Menteri, Kerajaan Negeri akan mencari jalan terbaik dengan kadar segera bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja industri perkayuan tersebut.

“Disebabkan tiada Pendapatan mereka memerlukan bekalan makanan serta ada keluarga yang mempunyai anak kecil pula memerlukan susu Dan lampin.

“Saya telah menyalurkan bakul makanan Kerajaan Persekutuan kepada pekerja yang terjejas tersebut. Selain Itu saya juga mengarahkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sipitang untuk mengwujudkan ‘Food Bank’ terletak di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sipitang khususnya di DUN Sindumin dan DUN Lumadan bagi membantu meringankan beban golongan yang amat memerlukan,” Katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *