Kerajaan Negeri terus giat meningkatkan bantuan pendidikan di Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah berkesempatan untuk beramah mesra secara maya dengan 241 orang pelajar cemerlang yang memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran SPM 2020 sempena taklimat biasiswa tajaan PETRONAS.

Hajiji merangkap Ketua Menteri Sabah, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua 33,454 pelajar SPM 2020 kerana mampu memberikan keputusan yang terbaik walaupun penuh dengan cabaran yang tempuhi disebabkan penularan Covid-19.

Hajiji turut menyatakan bahawa kerajaan negeri terus giat meningkatkan bantuan pendidikan di Sabah, diantaranya: menubuhkan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) untuk membolehkan lebih ramai anak-anak sabah berpeluang untuk meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam atau luar negara.

“Bantuan cara One-off akan diberikan kepada golongan B40 menerusi Bantuan Tunai Pendaftaran IPT(BUDI) sebanyak RM2,000 setiap seorang, dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) bagi pelajar yang menduduki SPM, STPM dan STAM sebanyak RM200 seorang.

“Mulai Julai 2021, Kerajaan Negeri Sabah juga akan membekalkan laptop kepada pelajar yang layak di bawah program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) sebanyak 10,000 buah termasuk pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Hajiji turut menyatakan perhargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang telah melaksanakan inisiatif baik dalam menyediakan platform kepada pelajar-pelajar cemerlang ini berinteraksi secara maya bersama dengan agensi-agensi yang menyediakan bantuan pinjaman dan biasiswa seperti Petronas, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Yayasan Sabah.

“Inisiatif ini amat baik dalam membantu pelajar-pelajar ini mendapatkan maklumat lengkap berkenaan bantuan pinjaman dan biasiswa untuk mereka melanjutkan pelajaran.

“Jutaan terima kasih diberikan kepada para ibu bapa dan guru-guru kerana terus berjuang demi anak bangsa agar dapat memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang efektif walaupun penuh dengan cabaran dalam suasana norma baharu

“Semoga pelajar terus berjaya dan akan menjadi anak bangsa yang berguna negara, bangsa dan agama,” tambahnya

Turut hadir bersama dalam interaksi secara maya ini ialah YB Datuk Hj Arifin Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas dan YB Datuk Ghulam Haidar Khan, Pengarah Yayasan Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *