Rokok tanpa cukai disembunyi di dalam rumah berjaya dikesan

KUDAT, 17 Jun 2021 (Jumaat) – Pasukan Polis Marin Kudat telah berjaya mengesan aktiviti penyeludupan rokok tidak bercukai di satu rumah tidak beralamat di Kampung Pengaraban Kudat pada pagi kemarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat, ASP Rizauddin Bin Selamat berkata, “pada jam lebih kurang 5 pagi kemarin, semasa menjalankan OP Benteng Covid PPM Kudat telah menyerbu di sebuah rumah tidak beralamat di Kg Pengaraban Kudat .

Hasil pemeriksaan lanjut keatas premis tersebut telah menjumpai sejumlah 210 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai bersama seorang lelaki dewasa berumur 26 tahun. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,755.00″ Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *