Polis Marin rampas minyak petrol, tong gas dan bom ikan

SEMPORNA, 27 Jun 2021: Semasa Polis Marin dalam tugasan perondaan di kawasan perairan Semporna, Polis telah mengesan dan telah berjaya merampas barang-barang yang menyalahi undang-undang.

Di perairan Laut Sisipan Polis Marin telah merampas sebuah bot laju yang ditinggalkan oleh juragan dengan melarikan diri ke bakai dan hasil pemeriksaan telah menjumpai 12 jeriken berisi minyak petrol dan 2 tong gas LPG warna merah hijau yang disyaki hendak di seludup ke Negara Jiran Filipina.

Rampasan Akta yang sama dilakukan di Jeti Kayu Hujung Pasar Kampung Air Semporna iaitu 15 kotak minyak masak yang berada di dalam sebuah bot pam.

Polis Marin juga berjaya merampas sebuah perahu yang ditinggalkan oleh juragan kerana melarikan diri di Laut Pulau Bum Bum dan hasil pemeriksaan di dalam ruangan perahu terdapat ikan pelbagai jenis lebih kurang 10 kg yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan. Perahu dan muatan dirampas dan diserahkan ke Jabatan Perikanan Semporna untuk siasatan lanjut.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Semporna DSP Mohammad bin Ismail berkata, perahu dan muatan dirampas kerana disyaki cuba seludup barang kawalan ke Filipina dianggarkan berjumlah RM27,931 dan Ikan bom dianggarkan berjumlah RM4,250 dirampas dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

Jumlah nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM32,181. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985.

Pasukan Polis Marin Lahad Datu sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan amat mengalu-alukan masyarakat agar menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 atau berhubung terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 013-9808084 agar tindakan dapat dilaksanakan.

Sumber Berita: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published.