Rokok seludup dari Indonesia berjumlah RM14,694 dirampas
TAWAU, 13 Ogos 2021 : Polis Marin Tawau telah mengesan tempat penyimpanan rokok seludup di kawasan sebuah Kampung atas air Batu 4, Tawau kira-kira jam 11.00 malam kelmarin.
Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintenden Polis Ridzauddin Selamat berkata, hasil maklumat risikan berkaitan penyeludupan rokok di sebuah rumah atas air di Batu 4 Tawau telah diserbu Polis Marin.
Semasa serbuan di buat, penghuni rumah berkenaan telah meninggalkan rumah dan dipercayai telah menyedari kehadiran polis dengan lebih awal.
Hasil pemeriksaan dalam rumah tersebut telah menjumpai beberapa kotak rokok pelbagai jenis dipercayai diseludup masuk dari negara jiran Indonesia.
Kesemua rokok seludup berkenaan telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.
Nilai rampasan rokok tersebut dianggarkan berjumlah RM14,694.40. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967. Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor ‘013-9391197’ atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian ‘089-983628’ bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan