Lelaki miliki dadah ditahan Polis Marin

LAHAD DATU : Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menahan seorang lelaki dalam satu operasi Op Benteng Covid di kawasan perairan Laut Pelabuhan, Kunak hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu, Superintendent Gan Ping Sin berkata “ pada jam 12.30 tengahari tadi, Polis Marin Lahad Datu telah menahan sebuah bot laju yang dinaiki seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan di Laut Pelabuhan Kunak.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai beberapa paket kecil lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu seberat dan beberapa keping aluminium foil yang di sembunyikan oleh lelaki tersebut didalam sebuah bekas plastik.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6,200.00.Pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah kepada pihak polis. Lelaki tersebut berserta barang rampasan diserahkan kepada IPD Kunak untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa menggalakkan semua masyarakat persisir pantai untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat sekiranya mendapati terdapat kegiatan jenayah di sekitar mereka.

Kerjasama ini bagi memastikan keselamatan di perairan negara dapat dijaga dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh terus menyalurkan sebarang aduan tersebut melalui aplikasi Whatsapp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197 atau berhubung terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 011-63311721.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *