Polis Marin tahan bot mencurigakan

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin Lahad Datu (PPM) telah menahan dan periksa sebuah bot laju yang mencurigakan berlegar legar di perairan Pulau Tabawan lewat malam tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Lahad Datu berkata pihaknya telah menahan dan periksa bot laju berkenaan telah menjumpai barang salah plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis sabu.

Tangkapan 2 lelaki berumur 38 dan 40 tahun dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya. Nilai rampasan termasuk enjin 40hp bersama perahu dianggarkan berjumlah RM13,000.00. Kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *