Polis Marin Banteras aktiviti bom ikan
SEMPORNA, 18 Ogos 202 : Polis Marin Semporna dalam satu operasi membanteras aktiviti pengeboman ikan di Laut Pulau Kerindingan, Pulau Nusa Tongah dan Laut Pulau Omadal Semporna telah berjaya menahan 3 Buah Bot yang melakukan aktiviti tersebut pada petang kemarin.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Bin Ismail berkata tiga buah bot yang ditahan adalah jenis pump bot dan didalamnya terdapat beberapa jenis peralatan yang digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan serta hasil beberapa jenis ikan.
Dalam Operasi yang sama turut ditahan sebuah bot menggunakan enjin sangkut. Hasil pemeriksaan keatas bot tersebut didapati memiliki kayu bergergaji tanpa permit dari Jabatan Perhutanan.
Semua tangkapan dan rampasan di bawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Perhutanan 1968.
Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM29,130.00 Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Sabah di talian 0139391197.