Juragan, Empat Kru Warga Asing Ditahan Tiada Dokumen

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan lima lelaki tanpa dokumen pengenalan diri yang bekerja di atas bot pukat tunda, pagi kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah berkata, bot pukat tunda terbabit ditahan di perairan Kota Kinabalu pada kedudukan 0.73 batu nautika utara Pulau Manukan sekitar jam 11.00 pagi.

โ€œHasil pemeriksaan mendapati seorang juragan bersama empat kru bot pukat tunda terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua mereka berusia lingkungan 17 hingga 29 tahun dan disyaki warga Indonesia,โ€ katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, bot pukat tunda, juragan dan kru ditahan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Juragan dan kru bot terbabit disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dikenakan denda dibawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga dikenakan sehingga enam sebatan.

Mohd Rosli berkata, Maritim Sabah dan Labuan akan terus meningkatkan operasi mengekang kemasukan PTI berikutan beberapa kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan melalui sektor ekonomi dan sosial.

โ€œMaritim Malaysia turut memandang serius kepada aktiviti jenayah laut yang lain seperti penyeludupan, pencerobohan bot nelayan asing dan aktiviti pengeboman ikan,โ€ katanya.

-Beritasabah360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *