17,500 kg minyak masak bersubsidi dirampas di Sandakan
SANDAKAN : Sebanyak 17,500 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi pelbagai jenama dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa tanpa nombor di Batu Sembilan di sini semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry Jon berkata, serbuan ke atas premis yang disyaki melakukan penyelewengan minyak masak satu kilogram itu dilakukan pada jam 4.30 petang melibatkan sepasukan penguat kuasa KPDNHEP.
โSerbuan yang dijalankan hasil risikan selama seminggu itu mendapati seorang lelaki berbangsa cina berusia dalam lingkungan 30-an mengaku orang bertanggungjawab selain turut berada ditempat kejadian.
โHasil pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat sebuah lori tangki dan sebuah skid tank yang disyaki menyimpan minyak masak yang telah digunting,โ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azdy berkata, berdasarkan keterangan awal, premis tersebut tidak mempunyai kebenaran dan sebarang lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.
Katanya, pihaknya kemudian bertindak menyita satu unit skid tank dan sebuah lori tangki, mesin pam, hos getah dan 17,500 kg minyak masak bersubsidi dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 98,750.
โKes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen.
โSiasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran Pengawal,โ katanya.
Sementara itu, Azdy berkata, para pemilik kilang membungkus semula (Repacker) minyak masak bersubsidi juga adalah diingatkan agar tidak menjual minyak masak paket satu kilogram bersubsidi kepada pembeli yang tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis daripada KPDNHEP.
Katanta, pihak Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keatas mereka yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan.
โKPDNHEP Cawangan Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan keatas semua kegiatan berkaitan minyak masak paket satu kilogram bersubsidi agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan,โ katanya. -SM