Lookout Tower Kini Tarikan Baharu Kg Pantai Emas
KOTA BELUD: Kg Pantai Emas bakal menjadi tumpuan eko-pelancongan dengan terbinanya Lookout Tower.
Ahli Dewan Undangan (Adun) Pintasan, Fairuz Renddan berkata menara pemerhati dan jeti itu merupakan projek Kerajaan Negeri Sabah bersama PETRONAS itu melalui Joint Working Committee (JWC) yang bernilai RM500 ribu.
“Pembinaan fasiliti ini bertujuan menambah baik sektor pelancongan dan perikanan di Kg Pantai Emas, sekaligus menjadikan Kota Belud sebagai pusat tumpuan eko-pelancongan seperti yang dinayatakan dalam Halatuju Sabah Maju Jaya.
“Ia juga diharap dapat membantu menjana pendapatan komuniti setempat dan memberi peluang pekerjaan melalui kewujudan pengusaha kecil dan sederhana dalam sektor perikanan dan pelancongan,” ujar beliau ketika berucap merasmikan menara tinjau berkenaan.
Fairuz menjelaskan, selain menara tinjau, PETRONAS turut menyumbang banyak kepada Sabah untuk tujuan lain sperti pembangunan pendidikan, komuniti dan alam sekitar sejak tahun 2010.
“Saya sebagai wakil rakyat kawasan DUN Pintasan, sentiasa berusaha menambah baik segala keperluan untuk semua penduduk Pintasan termasuklah kemudahan asas, jaringan perhubungan (jalan) dan telekomunikasi.
“Semoga segala usaha danperancangan kita dapat direalisaikan,” katanya.
Hadir sama, Ketua Hal Ehwal Kerajaan & Pengawalselia PETRONAS Anuar Ismail, Pengurus Besar, Strategi & Libat Urus, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Siti Azlina A Latif dan Pegawai Daerah Kota Belud, Diyanah Abdullah.-Penerangan.