Dakwaan jual anak: Ketua Pemuda PKR Sabah berdepan siasatan

KOTA KINABALU: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kenyataan oleh ahli politik Sabah baru-baru ini, mendakwa seorang wanita yang menghadapi masalah kewangan cuba menjual anaknya.

Ketua Polis Keningau, Shahrudin Mat Hussin, berkata kenyataan media dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PKR Sabah, Raymond Ahuar, 16 Jun lalu boleh membangkitkan kegentaran awam dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, wanita itu telah membuat laporan yang menyangkal dakwaan Ahuar, dan siasatan polis mengenainya menunjukkan tidak wujud isu penjualan anak atau sindiket pemerdagangan manusia.

Rabu lalu, Ahuar mendakwa tiga kanak-kanak tersebut adalah mangsa pemerdagangan manusia oleh ibu mereka yang berputus asa selepas sumber pendapatannya terputus kerana sekatan pergerakan.

Beliau turut mendakwa, ketiga-tiga kanak-kanak itu diselamatkan oleh polis dan jabatan kebajikan di Keningau.

Namun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, menafikan kejadian itu.

Shahrudin berkata, kenyataan Ahuar โ€œdilihat menimbulkan ketakutan orang ramai kerana menyentuh isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan antara negara, seolah-olah ini berlaku tanpa kawalan pihak berkuasaโ€.

Beliau berkata, polis sudah menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan awal Ahuar dan mendapati tidak ada isu melibatkan penjualan kanak-kanak atau sindiket pemerdagangan manusia.

โ€œIbu kanak-kanak itu juga sudah membuat satu laporan polis dan dengan tegas menafikan kenyataan ahli politik terbabit.

โ€œPolis sentiasa peka dan mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam berkaitan jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia,โ€ katanya.

Sumber Berita: FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *