4 lelaki ditangkap salah guna dadah

KUDAT: Polis Marin Kudat berjaya menangkap 4 lelaki salah guna dadah di Kg. Lajong Kudat petang kemarin.

Mereka masing masing berumur lingkungan 31 hingga 35 tahun.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Kudat , ASP Rizauddin Bin Selamat berkata, hasil pemeriksaan keatas tiga (3) lelaki tersebut dan 02 buah kenderaan yang dipercayai milik suspek telah menjumpai 03 paket plastik yang mengandungi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dalam milikannya.

Dalam satu pemeriksaan berasingan pula di sebuah rumah tidak beralamat di Kg. Lajong telah dijumpai 1 paket plastik lutsinar yang dipercayai dadah jenis syabu milik seorang lelaki dewasa turut ditahan dalam operasi ini.Keseluruhan nilai rampasan termasuk barang-barang peribadi milik suspek berjumlah sebanyak RM 52,340.00Tangkapan dan barang-barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber Berita : Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published.