PBNS, MUIS, YADIM, Serah Sumbangan Kepada 130 Pekerja Bot Laju Menumbok-Labuan

RAJAH : PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PEKERJA – PEKERJA BOT LAJU MENUMBOK-LABUAN

MENUMBOK : Seramai 130 pekerja-pekerja Bot Laju Menumbok – Labuan yang terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disini menerima bantuan dari Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS)

Sumbangan berupa bantuan kewangan itu disampaikan Pengurus Besar PBNS Salman Nurillah dan turut dihadiri Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif bertempat di Pejabat Daerah Kecil Menumbok disini pagi tadi.

Selain itu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah turut menyumbang bantuan kewangan dan bakul makanan untuk pekerja yang terlibat.

Mohd Arifin berkata, sumbangan yang disalurkan itu diharap mampu membantu mengurangkan sedikit beban yang dihadapi para pekerja bot laju khususnya ketika musim PKP 3.0 ini.

Mohd Arifin ketika menyaksikan penyerahan sumbangan bantuan kewangan dan bakul makanan daripada pihak MUIS, PBNS dan YADIM Sabah – FOTO Ihsan Pejabat Menteri Tugas-Tugas Sabah
Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki; Pegawai Daerah Kuala Penyu, Sebastian Ingkim dan Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali.

Pada majlis itu, PBNS telah menyumbangkan sumbangan kewangan sebanyak RM13,000; MUIS sebanyak RM5,000 dan YADIM menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makanan kepada 130 orang pekerja terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.