Satu kluster baharu dikesan di Tawau hari ini

KOTA KINABALU: Terdapat pertambahan satu kluster baharu telah dikesan di Tawau iaitu Kluster Jalan SEDCO.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata kluster terbabit mencatatkan sebanyak sembilan kes dan menjadikan jumlah kumulatif 14 kes.

“Kluster ini dikesan melalui saringan kontak rapat rakan sekerja di sebuah kedai menjual makanan sejuk beku.

“Daripada186 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 109 kes (58.6 peratus) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 31 kes (16.7 perarus), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 30 kes (16.1 peratus), dan 16 kes (8.6 peratus) adalah dari lain-lain kategori,” katanya.

Sabah hari ini mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 sebanyak 186 kes dengan satu kematian yang direkodkan di daerah Penampang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *