Data Covid-19 Kini Boleh Diakses Oleh Semua

KOTA KINABALU : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan satu sesawang baharu bagi memudahkan seluruh masyarakat untuk mendapatkan maklumat harian Covid-19.
COVIDNOW yang dilancarkan pada hari ini membolehkan semua lapisan masyarakat untuk mengakses data utama berkenaan Covid-19 yang lebih mudah difahami dan boleh diakses oleh masyarakat umum. Laman sesawang ini menyediakan data serta maklumat yang lengkap dan terperinci berhubung situasi semasa jangkitan virus tersebut di dalam negara.
Malaysia adalah antara negara terawal yang berkongsi data secara terbuka seperti ini. KKM mewujudkan laman sesawang ini kerana sedar bahawa penglibatan yang menyeluruh oleh masyarakat termasuklah ahli akademik, pihak swasta dan NGO adalah penting dalam usaha melindungi diri, keluarga dan juga komuniti daripada jangkitan virus COVID-19.