Kerajaan negeri lantik dua wanita jadi Peguam Besar Sabah, Datuk Bandar Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pelantikan dua wanita untuk menerajui Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), membuktikan peranan dan kepemimpinan wanita terus mendapat pengiktirafan serta penghormatan daripada kerajaan Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, berkata kerajaan negeri Sabah sentiasa memberi peluang kepada wanita untuk menerajui jawatan penting di negeri ini.

“Ini (pelantikan wanita) adalah antara usaha kita untuk memastikan penyertaan wanita terutama pegawai yang ada pengalaman luas dalam jabatan atau organisasi masing-masing diberi pengiktirafan yang sewajarnya di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini selepas majlis penyerahan Watikah Pelantikan Peguam Besar Sabah dan Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, hari ini.

Timbalan Peguam Besar Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dilantik sebagai Peguam Besar Sabah yang baharu manakala Ketua Pengarah DBKK, Noorliza Awang Alip dilantik sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu, berkuatkuasa Januari ini.

Hajiji menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Nor Asiah dan Noorliza di Pejabatnya di PPNS di sini.

Yang turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai.

Sementara itu, Hajiji turut berkata dan berharap dengan pelantikan terbabit, jabatan atau organisasi yang diketuai akan lebih cemerlang dan berdaya saing serta maju sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya.

โ€œSaya merakamkan syabas dan tahniah kepada Nor Asiah dan Noorliza yang dilantik menerajui jawatan penting ini,โ€ katanya sambil menambah kerajaan negeri sentiasa memberi peluang kepada orang muda dan profesional untuk sama-sama membangunkan negeri ini.

Sementara itu, Nor Asiah yang memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sejak 1995, dilantik sebagai Timbalan Peguam Besar Sabah pada 2018.

โ€œSaya merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan Sabah atas kepercayaan ini untuk menerajui jabatan ini (Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah. Banyak yang perlu dibuat di jabatan ini termasuklah mengemaskini dan menyemak semula beberapa undang-undang sedia ada, termasuklah undang-undang hak milik strata.

โ€œTerima kasih juga kepada semua kakitangan dan pegawai di jabatan yang banyak membantu selama ini,โ€ katanya sambil menambah pelantikannya itu berkuatkuasa hari ini.

Bagi Noorliza yang menjadi wanita pertama sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu menyifatkan pelantikkannya itu sebagai satu penghargaan daripada kerajaan negeri terhadap kepemimpinan wanita di negeri ini.

โ€œPelantikan ini membuktikan kerajaan negeri menghargai wanita dan turut diberi peluang dalam menerajui jawatan penting kerajaan. Pengiktirafan ini juga sudah pasti akan menjadi pemangkin dan meningkatkan semangat dalam kalangan wanita di negeri ini.

โ€œSaya merakamkan terima kasih kepada ketua menteri dan kerajaan negeri atas pelantikan ini,โ€ katanya sambil menambah memulakan tugas di Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) sebagai Penolong Setiausaha MPKK pada 1996.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *