Sembilan menara komunikasi baharu di Kudat, ting capaian internet

KOTA KINABALU, 28 Julai 2021: Penduduk di beberapa buah kampung di Bahagian Kudat, Sabah kini dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas dan berkualiti apabila sembilan (9) buah menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah beroperasi sepenuhnya sejak 15 Jun yang lalu.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pembinaan menara berkenaan yang dilaksanakan di bawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) itu dijangka akan memanfaatkan seramai 6,520 orang penduduk di Bahagian Kudat sekaligus mentransformasikan kehidupan penduduk setempat dalam mengharungi era digital yang semakin pesat.

“Daripada sembilan (9) menara tersebut; lapan menara terletak di daerah Kudat iaitu di Kg. Kubatang, Kg. Lodung, Kg. Indarason Laut, Kg. Rondomon, Kg. Membatu, Kg. Inukiran, Kg. Panikuan, Kg. Toporoi dan sebuah menara lagi terletak di Kg. Kabatasan di daerah Pitas.

“Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan tapak menara komunikasi baharu bagi 13 lagi menara komunikasi di Bahagian Kudat sedang giat dilaksanakan oleh pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik dan dijangka siap secara berperingkat menjelang bulan Disember 2021,” jelas MCMC dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *