Penyerahan 2000 bantuan bakul makanan Sabah Prihatin 3.0 kepada UPPM N.12 Sulaman

TUARAN: Ketua Armada Bersatu bahagian P170 Tuaran, Ybhg. Mohammad Ghazali Haji Hajiji hari ini menyempurnakan gimik penyerahan 2000 Bantuan Bakul Makanan Sabah Prihatin 3.0 kepada wakil UPPM N.12 Sulaman.

Beliau mewakili Ketua Menteri Sabah yang juga ADUN N.12 Sulaman menyempurnakan gimik penyerahan tersebut kepada wakil PPM Sulaman iaitu para pemaju mukim kawasan.

Turut bersama didalam acara tersebut ialah Pegawai Daerah Tuan Sadan Hj Hussain, Pegawai Jabatan Kebajikan Tuan Jani Lani, ADDO dan NGO Armada Bersatu.

Bantuan Sabah Prihatin 3.0 ini adalah bantuan bersasar inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari senarai E-kasih kategori miskin dan miskin tegar serta senarai dari jabatan kebajikan Masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *