Kebakaran di Penampang 174 hilang tempat tinggal

PENAMPANG: Seramai 174 mangsa membabitkan 28 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Jalan Mogonibung, Kampung Koidupan, di sini, musnah terbakar, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, sebuah rumah kongsi empat pintu dan empat lagi rumah jenis tidak kekal terbakar 100%.

Katanya, pihaknya menerima makluman kejadian pada jam 3.39 petang.

โ€œPasukan Bomba berjaya menyelamatkan sebuah kilang cermin dan empat buah rumah berhampiran daripada turut terbakar.

โ€œTiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini manakala kesemua mangsa yang terlibat dipindahkan ke Dewan Nakasiba di Penampang,โ€ katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.29 petang seterusnya api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.41 petang.

โ€œSepasukan bomba 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang serta Kota Kinabalu kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *